SALAM SATU MALAYSIA

Sekapur Sirih Tanda Mukaddimah

Alhamdulillah........Bersyukur saya kepada Allah kerana dapat menghasilkan sebuah blog yang dapat dikongsi bersama dalam pengajaran dan pembelajaran kita di dalam kelas nanti..Kepada semua pembaca selamat melayari blog ini......

INDAHNYA ALAM CIPTAAN ALLAH

Indahnya alam ciptaan Allah .............. Bersyukurlah atas segala nikmatnya

HIASILAH DIRIMU DENGAN AL-QURAN


"Wahai orang-orang yang beriman jadilah kamu penolong-penolong (agama)"

BUKTI KEWUJUDAN ALLAH

TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH



PERANAN ILMU DAN AMAL SOLEH

PENGERTIAN ILMU TAUHID


Ilmu tauhid ialah ilmu yang membahaskan tentang pengukuhan keyakinan agama berlandaskan dalil-dalil naqli(Al-quran dan Hadis) dan dalil-dalil aqli(penelitian fikiran) tentang sifat-sifatAllah serta perbuatannya sehingga dapat menghilangkan sebarang keraguan.

FIRMAN ALLAH:

ERTINYA: Dan tuhan kamu ialah tuhan yang maha esa tiada tuhan yang berhak disembah selain daripada Allah yang maha pemurah,lagi maha mengasihani.


Maka jelaslah ilmu tauhid dapat memantapkan iman di dalam hati seseorang serta meningkatkan keyakinan akan kewujudan Allah dan keesaannya.


HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAUHID
  1. FARDHU AIN ke atas setiap mukallaf lelaki dan perempuan mengetahui sifat-sifat Allah secara ijmali(ringkas) dan tafsili(terperinci) beserta dalil-dalil ijmali.
  2. FARDHU KIFAYAH ke atas setiap mukallaf lelaki dan perempuan sekiranya mengetahui dalil tafsili.
FAEDAH MEMPELAJARI ILMU TAUHID

  1. .Dapat mengesakan Allah dan menambahkan keyakinan tentang kekuasaannyadengan mengetahui nama-nama dan sifat-sifatnya serta mengelakkan diri daripada menyengutukannya.
  2. Mengimani dan meyakini segala dasar keimanan kepada Allah termasuklah enam rukun iman dan lima rukun Islam.
  3. Mendapat kebahagiaan hidup didunia dan diakhirat yang kekal abadi.
  4. Dapat membezakan antara aqidah yang benar dan aqidah yang salah.